Apakah yang dimaksudkan dengan SSPN1M?
SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.
Apakah insentif Geran Sepadan RM500?
Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.
Bilakah pelaksanaan insentif GS500 bermula?
Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
Siapakah yang layak menerima insentif GS500?
Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut:
Di manakah pendeposit boleh membuka akaun dan menambah simpanan SSPN1M?
Akaun SSPN1M boleh dibuka dan ditambah secara online, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.
Buka Akaun
Adakah terdapat pengecualian khusus untuk syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M bagi mendapatkan insentif ini? Sebagai contoh, kelonggaran syarat pembukaan akaun kepada warganegara asing yang bekerja di Malaysia.
Tiada. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M masih kekal sebagaimana sedia ada.
Adakah akaun baharu perlu dibuka jika penerima manfaat telah mempunyai akaun SSPN1M?
Tidak perlu.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan insentif GS500?
Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i Plus).
Adakah permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan GS500?
Tidak perlu kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatik.
Bilakah insentif GS500 ini diberikan?
Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
Adakah pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya telah mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari akaun SSPN1M-i dan membuat penambahan simpanan ke dalam akaun SSPN1M-i Plus sebanyak RM500 bagi penerima manfaat yang sama?
Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.
Seorang penerima manfaat mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan bapa. Adakah kedua-dua akaun layak menerima GS500 jika semua syarat telah dipenuhi?
Tidak. Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja. Keutamaan pemberian insentif ini adalah kepada akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM500.
Pendeposit yang mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat yang berumur tujuh hingga dua belas tahun dalam tahun 2018. Adakah kesemua penerima manfaat tersebut layak menerima insentif GS500?
Layak. Insentif diberikan kepada setiap penerima manfaat yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Buka Akaun
Sekiranya penerima manfaat telah menerima insentif geran sepadan RM50 (GS50) pada tahun 2017, adakah masih layak menerima insentif GS500 bagi tahun 2018?
Layak kerana melibatkan insentif yang berbeza.
Adakah pembukaan akaun/ tambahan simpanan melalui wang sumbangan juga layak menerima insentif GS500?
Layak, sekiranya jumlah simpanan bersih tahun 2018 mencukupi RM500.
Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan?
Insentif GS500 hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
Bolehkah simpanan selain insentif GS500 dikeluarkan sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?
Boleh dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500.
Adakah insentif GS500 boleh dipindahkan ke akaun penerima manfaat yang lain?
Tidak boleh. Insentif GS500 adalah milik penerima manfaat secara individu dan tidak boleh dipindah milik ke penerima manfaat yang lain walaupun di bawah pendeposit yang sama.
Jika pendeposit berhasrat untuk membuat penutupan akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, adakah insentif GS500 boleh dikeluarkan bersama?
Tidak boleh. Insentif GS500 akan ditarik balik sekiranya pendeposit melanggar terma dan syarat yang ditetapkan dan amaun penutupan hanya tertakluk kepada jumlah simpanan dan dividen sahaja.
Apa yang berlaku kepada GS500 sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal dunia sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?
Adakah insentif GS500 layak mendapat pengecualian cukai?
Tidak layak. Insentif GS500 merupakan geran daripada kerajaan dan bukanlah simpanan daripada pendeposit.
Adakah insentif GS500 layak dividen?
Layak.
Buka Akaun Tambah Deposit
Buka akaun SSPN1M-i Plus secara online sekarang untuk memenangi hadiah wang tunai and insentif khas yang disediakan.
Cabutan WOW! Tahunan SSPN1M-i Plus menawarkan ganjaran tunai bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi. Setiap RM50 simpanan layak mendapat satu cabutan.
Maklumat Lengkap Buka AkaunCabutan WOW! Sukuan SSPN1M-i Plus menawarkan pakej pelancongan keluarga untuk menunaikan Umrah atau ke Disneyland Jepun. Cabutan dibuat setiap suku tahun.
Maklumat Lengkap Buka AkaunPemberian insentif khas Bajet 2018 untuk pembukaan akaun SSPN1M-i Plus. Dapatkan tambahan simpanan RM500 secara percuma.
Maklumat Lengkap Buka Akaun